AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH GERAKAN BELIA 4B PULAU PINANG SEPANJANG 2026
6 MAC 2026 || MAJLIS SUMBANGAN & BERBUKA PUASA ALUMNI 4B (M) NEGERI PULAU PINANG
Alhamdulillah, Majlis Sumbangan & Berbuka Puasa Alumni 4B (M) Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Mac 2026 bertempat di Masjid Jamek Kuala Juru.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Syed Azmi Syed Nazir Ahmad Al Husaini, Presiden Alumni 4B Malaysia merangkap Pengerusi Alumni 4B Pulau Pinang.
Program ini diadakan sebagai usaha menyantuni masyarakat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli Alumni 4B dan komuniti setempat, di samping menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama, menyumbang serta hadir memeriahkan majlis ini. Semoga segala amal kebajikan yang dilakukan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
Semoga semangat kebersamaan dan keprihatinan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat.
8 MAC 2026 || HEAL@HILL: GEN-Z LEAD WITH DEEN
Alhamdulillah, program HEAL@HILL: Gen-Z Lead With Deen telah berlangsung dengan jayanya!
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama di Masjid Jamek Bukit Bendera, Pulau Pinang. Suasana penuh keberkatan ini bukan sahaja memberi peluang untuk kita mengisi Ramadan dengan amal ibadah, malah menjadi ruang untuk merehatkan jiwa dan menguatkan ukhuwah sesama peserta.
Istimewa juga dengan perkongsian yang sangat bermakna daripada Da’i Izzyn serta panel jemputan yang memberi inspirasi dan motivasi kepada para peserta, khususnya generasi muda untuk terus memimpin dengan nilai-nilai deen.
Semoga pengisian yang diperoleh dapat memberi manfaat dan menjadi bekalan untuk kita terus memperbaiki diri.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, para peserta, penceramah, sukarelawan serta rakan kerjasama.
“Sanctuary di Atas Awan – Healing Sampai Jadi.”
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Moreh & Perasmian Pejabat Gerakan Belia 4B (M) Negeri Selangor bersama Gerakan Belia 4B Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Malaysia saudara Mohd Nazri Bin Abdul Latif bersama Pengerusi Alumni Negeri Selangor Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman serta semua tetamu yang turut hadir serta semua tetamu, ahli jawatankuasa dan para sukarelawan yang telah menjayakan majlis penuh bermakna ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Mohd Ridhwan Bin Tun Mohd Ali, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia atas merasmikan pejabat 4B Negeri Selangor .
Semoga dengan perasmian ini, Gerakan Belia 4B (M) Negeri Selangor yang diterajui oleh Mohd Najib bin Dato' Abu Samah terus maju, aktif dan komited dalam memperkasa belia serta menyantuni masyarakat.
Terima kasih atas sokongan semua. Kita teruskan perjuangan!
21 FEBRUARI 2025 || MAJLIS IFTAR UKHWAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
Alhamdulillah
Selesai sudah Majlis Iftar Ukhwah Gerakan Belia 4B Malaysia yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat persaudaraan.
Terima kasih kepada semua tetamu jemputan, barisan kepimpinan, ahli-ahli serta sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Kehadiran dan sokongan anda semua amat dihargai.
Semoga majlis ini mengeratkan lagi ukhuwah, memperkukuh perpaduan dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan belia.
InsyaAllah kita teruskan usaha dan komitmen untuk program-program yang lebih bermanfaat pada masa akan datang.
11 FEBRUARI 2026 || BRISK WALK GO GREEN
Alhamdulillah, program Brisk Walk Go Green telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang turut memberikan sokongan padu terhadap inisiatif gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.
Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus memperkukuh semangat komuniti yang sihat, aktif dan prihatin terhadap alam sekitar
#BriskWalkGoGreen #Madani #PulauPinang
10 FEBRUARI 2025 || PROGRAM RIDE SANTAI KE PULAU PINANG
Program Ride Santai ke Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Februari bertempat di Restoran Nurul Ikan Bakar, Pulau Pinang.
Program ini telah dipimpin oleh Tuan Ramelle Ashram dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pulau Pinang dan disertai oleh para peserta yang bertolak dari Pasir Salak Perak dalam suasana santai, harmoni serta penuh semangat kekitaan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan.
03 FEBRUARI 2025 || BELIA 4B PULAU PINANG X XI’AN INTERNATIONAL UNIVERSITY
Belia 4B Pulau Pinang x Xi’an International University
Menyambut kehadiran pelajar dari China dan memberi pendedahan tentang elemen budaya Melayu melalui elemen yang ada di Rumah P.Ramlee sekali diselitkan juga tentang karya seniman agung itu.
Seramai lebih 20 orang sukarelawan terlibat dari GB4B Pulau Pinang menyantuni pelajar-pelajar dari China.
A moment to remember.
03 FEBRUARI 2025 || BELIA 4B PULAU PINANG SANTUNI PEMANDU TEKSI LIMOUSINE
Belia 4B Pulau Pinang telah mengadakan inisiatif menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada para pemandu Teksi Limousine pada 25 Januari 2026 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Para pemandu Teksi Limousine ini merupakan barisan hadapan pelancongan Pulau Pinang, menjadi wajah pertama negeri ini kepada pelancong tempatan dan antarabangsa sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, melalui layanan mesra, berhemah dan profesional.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta menjadi tanda sokongan dan keprihatinan Belia 4B Pulau Pinang terhadap golongan pemandu yang terus berkhidmat demi imej dan kemajuan Pulau Pinang.
17 JANUARI 2026 || MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN BELIA 4B NEGERI PULAU PINANG
Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh sdr Mohamad Nazri Abdul Latiff, Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang.
Atas kuasa prerogratif yang diperuntukkan kepada beliau, beliau juga telah melantik beberapa pegawai dan AJK.
Mesyuarat rasmi ini telah menyaksikan sumpah taat setia seluruh jawatankuasa kepada Gerakan Belia 4B Pulau Pinang sebagai pemangkin motivasi untuk keluarga besar Gerakan Belia 4B Pulau Pinang berkhidmat lebih baik kepada negeri ini dan Gerakan 4B.
Semoga lantikan ini dapat memberi manfaat dalam kelicinan mentadbir dan pengurusan Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang.